PENYUNTINGAN GAMBAR, AUDIO DAN VIDEO

Objektif yang didapati pada akhir topikini adalah : - pelajar dapat menyunting gambar dan teks - dapat menyunting audio - dapat menyunting video -pelajar berupaya mengaplikasikan gambar, audio dan video. Perisian GIMP atau dikenali sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL). Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubahsuai foto, memanipulasi imej dan membentuk imej. Hasilakhir tugasan ini boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail seprti bmp, gif, jpeg, mng, pcx, pdf, png ,ps , psd, svg, tiff, tga, xpm dan lain-lain lagi.  



Comments

Popular Posts